Limpahan kemajuan yang sedang dicapai oleh Lembah Klang yang sudah mempunyai pembangunan hartanah yang begitu pesat dengan harga yang tinggi menyebabkan kemampuan membeli dikalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana amat sukar. Bahkan agak mustahil seorang jurutera berpendapatan RM 8K sebulan untuk membeli sebuah Kodominium di KL / PJ yang berharga lebih dari RM500K. Tetapi tidak mustahil untuk memiliki sebuah Teres 2 tingkat di Negeri Sembilan. Sedangkan jarak sempadan Negeri Sembilan ke KL hanya 40KM sahaja.
Maka, sebelum terlambat.... miliki lah hartanah di Negeri Sembilan sebelum menjelang 2020. Tidak mustahil nilai hartanah di N. Sembilan dalam masa 5 tahun akan datang akan sama seperti di KL / PJ / Lembah Klang (Selatan) pada hari ini.
Apakah prospek Negeri Sembilan untuk jangka masa terdekat dan akan datang:
Melihat kepada kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang
menggalakkan dalam tahun-tahun sebelum ini dan projek-projek yang sedang dalam
pelaksanaan di samping terdapatnya rancangan pembangunan jangka sederhana dan
panjang, Negeri Sembilan berpotensi untuk meningkat lebih maju lagi dalam tempoh
lima tahun yang akan datang. Antara program dan projek yang berpotensi melonjakkan
pembangunan di Negeri Sembilan adalah:
(i) Pembangunan Bersepadu Seremban-Nilai-Port Dickson;
(ii) Pembangunan Negeri Sembilan sebagai Lembah Ilmu;
(iii) Pemerkasaan Industri Pelancongan; dan
(iv) Pembangunan Sektor Perindustrian.
Pembangunan Bersepadu Seremban-Nilai-Port Dickson
Kerajaan Negeri melihat bahawa rancangan pembangunan bersepadu di
kawasan Seremban-Nilai-Port Dickson berpotensi dalam merancakkan aktiviti ekonomi
Negeri dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang. Pembangunan tersebut
meliputi kawasan seluas lebih kurang 108,000 hektar iaitu kira-kira 16% daripada
jumlah keluasan Negeri Sembilan. Komponen pembangunan di kawasan tersebut
merangkumi pembangunan bandar baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan
pendidikan. Perundingan sedang berjalan di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan
Persekutuan bagi memasukkan kawasan tersebut sebagai sebahagian daripada
Greater KL (dengan izin).
Cadangan Pembangunan Bersepadu berkenaan dilihat amat berdaya maju
memandangkan lokasinya yang strategik. Kawasan tersebut akan dihubungkan terus
dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui susur keluar baru Seremban - Labu
5
yang sedang dirancang. Manakala cadangan pembinaan lebuhraya dari Senawang ke
KLIA juga akan melalui bahagian barat kawasan pembangunan ini. Projek landasan
kereta api berkembar dijangka turut menyemarakkan lagi pembangunan di kawasan
berkenaan apabila siap sepenuhnya tidak lama lagi.
Komponen pembangunan yang dirancang, seperti mana yang telah saya sebut
sebentar tadi, turut menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk melabur di situ
terutamanya dalam projek-projek perumahan, industri pembuatan, Industri Kecil dan
Sederhana, pendidikan dan pasar raya besar. Dengan pemajuan ini, Kerajaan Negeri
berharap akan dapat menawarkan tapak-tapak industri pada harga yang lebih kompetitif
bagi menarik pelabur-pelabur yang sedang beroperasi di Lembah Klang supaya
memindahkan kilang atau pejabat operasi masing-masing ke kawasan segitiga
berkenaan untuk menjimatkan kos operasi.
Pembangunan Negeri Sembilan Sebagai Lembah Ilmu
Dasar menjadikan Negeri Sembilan sebagai Lembah Ilmu yang diperkenalkan
semenjak beberapa tahun lalu kini telah menampakkan hasil yang memberangsangkan,
di mana Negeri Sembilan terus berada di kelompok teratas dalam apa jua bidang yang
berkaitan dengan pendidikan. Negeri Sembilan telah berjaya menempatkan diri dalam
kelompok yang terbaik dari aspek kecemerlangan pelajar dan prestasi institusi-institusi
pendidikan. Dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan itu, Kerajaan Negeri
memberikan perhatian yang serius ke atas program-program yang dapat melahirkan
generasi yang berkualiti dan berupaya menempatkan diri di pasaran semasa baik di
dalam negeri ini mahupun di peringkat antarabangsa.
Selain daripada kecemerlangan di peringkat sekolah, program Lembah Ilmu ini
juga telah menampakkan kesan yang positif dari segi pertambahan bilangan institusi
pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta di Negeri ini. Pada masa kini
terdapat sebanyak 28 institusi pengajian tinggi awam dan swasta sedang beroperasi
dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 38,000 orang.
Kedudukan Negeri Sembilan yang strategik iaitu berhampiran dengan Lembah
Kelang dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta faktor kemudah sampaian
akan meningkatkan lagi potensi pembangunan Lembah Ilmu di Negeri Sembilan.
Sistem jaringan jalan raya yang baik dan kemudahan pengangkutan yang cekap seperti
komuter meluaskan lagi kawasan berpotensi untuk pembangunan Lembah Ilmu ke
daerah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin.
Pembangunan Industri Pelancongan
Negeri Sembilan memiliki produk-produk pelancongan yang berpotensi tinggi
untuk meningkatkan lagi kemajuan industri pelancongan di Negeri ini. Antaranya
termasuklah pantai peranginan sepanjang 18 kilometer yang telah diiktiraf oleh
Kerajaan Persekutuan sebagai Pantai Peranginan Negara di Port Dickson yang juga
dikenali sebagai Bandar Tentera Darat dan Wellness Zone (dengan izin). Selain itu,
Negeri Sembilan juga memiliki produk warisan dan sejarah, hutan-hutan lipur, padangpadang
golf dan makanan tradisional yang menjadi tarikan kepada pelancong. Produkproduk
tersebut boleh dimajukan lagi khususnya melalui kerjasama antara pihak
Kerajaan dan pihak swasta.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan penyertaan
syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa untuk melabur di Negeri Sembilan dalam
membangunkan produk-produk pelancongan bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan iaitu meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK Negeri.
Dengan itu, Kerajaan akan memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas cadangan
pelaburan yang dikemukakan.
Pembangunan Sektor Perindustrian
Sektor perindustrian di Negeri ini yang terdiri daripada sektor pembuatan,
perkhidmatan dan industri berasaskan pertanian, telah mengalami perkembangan yang
amat menggalakkan. Sektor pembuatan dan perkhidmatan merupakan nadi utama
kepada pembangunan dan kemajuan Negeri Sembilan dengan jumlah sumbangan
kepada KDNK Negeri sebanyak 87.8% atau RM25.18 bilion dalam tahun 2013. Dua
sektor ini mempunyai potensi yang amat cerah untuk terus berkembang pada tahun-tahun
yang akan datang atas sebab-sebab yang berikut:
(i) Harga tanah perindustrian yang lebih kompetitif berbanding dengan harga
tanah di negeri-negeri lain yang berjiran;
(ii) Rangkaian lebuh raya dan jalan raya sedia ada yang baik
menghubungkan kawasan perindustrian dengan lapangan terbang,
pelabuhan dan bandar-bandar utama di samping terdapatnya cadangan
pembangunan lebuh raya baru Senawang - KLIA;
7
(iii) Kemudahan pengangkutan rel yang cekap dan efisien apabila siapnya
projek landasan berkembar Gemas - Kuala Lumpur meluaskan lagi
kawasan industri yang boleh dimajukan di Negeri ini;
(iv) Bekalan air yang terjamin sehingga tahun 2030. Dalam hubungan ini,
Kerajaan Negeri akan mewujudkan sistem perpaipan yang akan
menghubungkan bekalan air ke setiap daerah. Dengan yang demikian,
daerah yang mengalami masalah air akan dapat diatasi dengan
membekalkan air daripada daerah yang berhampiran;
(v) Kerajaan telah pun berjaya menyediakan bekalan elektrik tanpa gangguan
kepada pekilang-pekilang sedia ada dan akan memastikan ianya
diteruskan pada tahun-tahun akan datang; dan
(vi) Penyediaan kemudahan telekomunikasi jalur lebar berterusan di kawasan
perindustrian. Kawasan perindustrian adalah merupakan salah satu
daripada keutamaan Kerajaan dalam penyediaan perkhidmatan jalur
lebar.